Monday, January 19, 2015


SAMBAL SOTONG

2 biji bwg kecil
3 ulas bwg putih
15 tangkai cili kering
sedikit air
(Kisar semua bahan di atas )
minyak untuk menumis
1 biji bawang besar dimayang bulat
1 keping asam keping
sedikit garam,serbuk perasa,gula

Cara-cara

1. Tumis semua bahan kisar sehingga naik bau dan masukkan asam keping.
2.Masukkan Sotong dan bahan2 perasa
3. Apabila sotong hampir masak bolehlah masukkan bawang besar yang dimayang dan selepas itu bolehlah dihidangkan.

* Resepi2 yg dimasukkan semua hanya untuk 2-3 org makan...boleh diubah kuantiti senang kannnnn




LEMAK CILI API ( UDANG/KETAM/AYAM)
( Ikut Citarasa anda )

Santan
1 keping asam keping/gelugor
1 batang serai ( ditetak sedikit )
sedikit serbuk kunyit
garam
serbuk perasa
10 biji cili api


cara-cara

  • 1. Kisar cili bersama santan dan masukkan ke dalam periuk kemudian masukkan serai asam keping dan serbuk kunyit.
  • 2. Kacau semua bahan dan tambahkan garam serta serbuk perasa selepas itu bolehlah letak udang/ketam/ayam ke dalam lauk anda. perlu diinggat lauk berasaskan santan perlu sentiasa dikacau supaya santan tidak berkepala....
  • 3. Selepas udang/ketam/ayam masak boleh lah dihidangkan...yummy

Wednesday, January 14, 2015

HOMEMADE CHICKEN SOUP


HOMEMADE CHICKEN SOUP
( Resepi dari tengok2 kat website orang lain pastu olah ikut citarasa sendiri )

Bahan - Bahan


1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia 
2 sdb minyak masak
( dimayang dan ditumis )

2 ketul ayam ( saya guna kepak )
air
1 batang celery
1 batang lobak merah ( didadu besar )
1 biji kentang ( didadu besar )
sedikit bunga kobis
sup bunjut 
garam
serbuk perasa

cara-cara

1. Tumis bahan bahan diatas sehingga naik bau dan tambah air
2. Masukkan ayam dan sup bunjut
3. Masukkan kentang dan lobak merah, masukkan garam dan serbuk perasa
4. Selepas mendidih masukkan bunga kobis dan daun celery
5. Sesudah ayam masak bolehlah diangkat dan dihidangkan.

* Sayur - sayur adalah optional ikut suka tukang masak jer nak masukkan sayur apa orait..



Tuesday, October 7, 2014

Back to the Blog

I'm Back...chewah kekonon nak kembali ke dunia blog...post dulu2 semua dah buang so sekarang ni kalau rajin lah baru update...post pertama td pasal lagu fav...opkos kpop (cuma x setegar dulu)...tp mmg suggestkan lagu ni mmg best...

ok sampai di sini dulu bye2....

on rainy days....

aznajaafar@gmail.com

xpaham pon ape yang dinyanyikan tapi lagu ni mmg best...